Sukan Hari Ini

Afiq tak kisah

Shah Alam: Mungkin kelibatnya hanya sekadar pemain gantian, namun jika dibiarkan bergerak bebas pasti mengundang padah buat barisan pertahanan lawan.

Itulah dia penyerang Selangor Mohd Afiq Azmi yang dilabel antara ‘senjata rahsia’ dimiliki Mehmet Durakovic selain tiga penyerang utamanya – Abdul Hadi Yahya, Ahmad Hazwan Bakri dan ayam tambatan import dari Brazil, Guilherme de Paula.

Bagi Afiq, dia tidak kisah andai dirinya diletakkan pemain gantian kerana percaya jurulatihnya mempunyai perancangan tersendiri buat menjamin kemenangan pasukan.

“Saya tidak kisah siapa diturunkan kelak kerana selama ini saya juga sering dimasukkan pada babak kedua bagi menghidupkan jentera serangan.

“Memang ada terfikir mahu bermain dari minit pertama dan kekal hingga ke penghujung aksi, tapi saya sedar jurulatih mempunyai strategi sendiri demi kebaikan untuk pasukan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Afiq antara nadi utama skuad Red Giants musim ini terutama dalam saingan Liga Super apabila muncul penjaring terbanyak pasukan dengan lapan gol liga dan dua gol Piala Malaysia.

Jelas pemain kelahiran Perlis itu, pentas final esok adalah keduanya selepas pernah merasai saingan sama pada musim 2012 ketika menyarung jersi Kelantan sebelum ini.

“Saya harap penampilan kali ini akan berakhir dengan mendakap Piala Malaysia walaupun tidak tahu sama ada diturunkan atau sebaliknya.

“Bagi saya, perkara paling penting adalah menamatkan Misi 33 tercapai. Itu cabaran buat kami semua untuk merealisasikan impian penyokong Merah Kuning,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");