Panasnya Hari Ini

RM2.6 Bilion : Rakyat Nak Tahu Siapa Penderma Itu! -Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin menggesa agar penderma RM2.6 billion kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didedahkan bukan sahaja kepada ahli politik, malah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, hal ini kerana jumlah derma yang diterima adalah amat besar dan ia telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib.

Jelasnya lagi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mesti memaklumkan secara telus kepada rakyat Malaysia untuk mengelakkan wujud persepsi negatif di kalangan akar umbi.

“Kes derma RM2.6 bilion ini mesti dimaklumkan secara sahih kepada rakyat seterusnya menutup pertikaiannya yang telah berlarutan sekian lama.

“Saya juga amat setuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa SPRM untuk membuktikan bahawa wang derma ini bukannya dari dana yang berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB),”katanya melalui catatan terbaharu di Facebooknya.

Tambahnya lagi, SPRM juga perlu menunjukkan secara telus tentang perbelanjaaan wang derma tersebut secara terperinci dan seterusnya ke mana perginya baki wang tersebut.

“Isu ini harus disiasat dan ditangani oleh SPRM secara telus serta komprehensif tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");