Panasnya Hari Ini

Sekat Atlet Israel: Dyana Sofia Minta Kerajaan Tidak Bersikap ‘double standard’

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd Daud merasakan kerajaan tidak sepatutnya bersikap ‘double standard’ mengenai tindakan melarang kemasukan pelayar Israel ke Malaysia untuk menyertai Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa,baru-baru ini.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, ujarnya Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sepatutnya melakukan larangan yang sama terhadap Myanmar yang dakwanya dengan secara jelas turut melakukan penindasan terhadap umat Islam negara itu.

Tambahnya lagi kerajaan Sri Lanka juga turut melakukan penganiayaan dan penindasan terhadap masyarakat Tamil di negara berkenaan.

“Tindakan penyekatan sukan ini pernah dilakukan oleh negara-negara dan badan-badan antarabangsa yang lain sebelum ini dan bukannya perkara baru.

“Ini bukan lagi isu agama, tetapi isu kemanusiaan. Walau nampak tidak adil pada atlet mereka, tetapi ini adalah antara langkah untuk menghantar mesej jelas kepada pemimpin mereka berdasarkan adat amalan antarabangsa,” katanya.

Bagaimanapun, beliau turut menyokong larangan kemasukan atlet Israel ke negara ini.

“Apabila ditanya pendirian saya tentang kemasukan atlet Israel, saya menjawab bahawa saya menyokong pendirian diplomatik negara kita berkenaan dengan Israel, di mana kita tidak mempunyai apa-apa hubungan diplomatik pun,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");