Sukan Hari Ini

Tekad kekal rentak kemenangan

BEREGU lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meletakkan sasaran untuk terus cemerlang dengan merangkul kejuaraan Grand Prix (GP) Mexico yang bermula hari ini.

Menurut V Shem, kejayaan menamatkan badi kejuaraan apabila merangkul gelaran pertama pada Grand Prix (GP) Terbuka Amerika Syarikat selain menambah keyakinan mereka turut menganggap pencapaian itu petanda positif.

“Ia satu kemenangan yang cukup menggembirakan apabila kami merangkul gelaran antarabangsa pertama.

“Kini kami boleh membina kembali keyakinan dan berharap dapat beraksi dengan konsisten selepas ini,” katanya.

Kelmarin, pasangan beregu negara yang bergelut mencari rentak konsisten sejak tahun lalu mengejutkan pilihan pertama dari Rusia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov 21-14, 21-17 dalam tempoh 27 minit.

Ia gelaran pertama V Shem-Wee Kiong di peringkat antarabangsa sejak digandingkan pada Piala Thomas tahun lalu.

Mengulas persiapan pada GP Terbuka Mexico, V Shem berkata, mereka akan fokus satu demi satu perlawanan.

“Secara peribadinya saya harap kami boleh beraksi dengan baik kerana saya melihat gandingan kami semakin serasi.

“Saya percaya kami boleh kekal rentak ini dan merangkul kejuaraan kedua tahun ini.” katanya.

Berdasarkan undian, V Shem-Wee Kiong mendapat bye pada pusingan pertama kejohanan dan mereka berkemungkinan menentang pasangan Jerman, Jonathan Persson-Matej Hlinican atau Mathew Forgarty dari beregu tuan rumah pada pusingan kedua.-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");