Jenayah

Tekan loceng, imbas muka

Ampang: Tekan loceng dan imbas muka untuk pengesahan identiti. Itu modus operandi terbaru beberapa pusat perjudian atas talian yang dikesan kembali beroperasi di sekitar daerah ini.

Difahamkan penjaga premis judi hanya membenarkan ‘muka’ yang dikenali untuk memasuki premis dan bertaruh judi disediakan.

Bagaimanapun, taktik itu dibongkar apabila tiga premis judi digempur Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangstrerisme (STAGG) Bukit Aman diketuai Deputi Superintendan Hussin Mat Junus, jam 10 malam kelmarin.

Ketua Penolong Pengarah STAGG Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, dalam serbuan itu, seramai empat wanita warga Indonesia yang juga penjaga premis ditahan polis.

Menurutnya, seramai 10 individu ‘kaki judi’ yang asyik bertaruh turut ditahan polis ketika cuba melarikan diri.

“Ketiga-tiga premis itu menggunakan pintu automatik. Hanya pelanggan yang dikenali dibenarkan masuk selepas melepasi proses pengimbasan wajah menggunakan kamera litar tertutup (CCTV).

“Penjaga premis pula akan menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu selepas wajah pelanggan dikenal pasti,” katanya.

Khairi berkata, pelbagai peralatan perjudian dirampas antaranya 70 set komputer, empat set komputer kawalan utama dan wang tunai RM481.

“Polis akan meneruskan usaha membanteras aktiviti perjudian dengan melakukan operasi serta serbuan berterusan tanpa mengira masa.

“Semua tangkapan dan rampasan dalam operasi ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk proses lanjut,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");