Perak Hari Ini

Tiada Kejadian Tanah Runtuh di Terowong Menora: PLUS

IPOH: Tiada sebarang kejadian tanah runtuh yang didakwa berlaku di Lebuh Raya PLUS berhampiran Terowong Menora di Ipoh seperti yang disebarkan oleh banyak pihak menerusi media sosial sejak semalam.

PLUS Malaysia Berhad (PMB) telah mengesahkan perkara itu menerusi laman Twitternya, Plusline 1800880000, pada dua petang tadi.

“Mohon jangan percaya viral palsu ini,” katanya.

Penyebaran mesej tersebut di laman sosial dan Whatsapp mula tersebar sejak semalam dan mengundang rasa khuatir kepada pengguna lebuh raya tersebut.

Sementara itu, gambar yang tersebar itu juga adalah kejadian kejadian tanah runtuh yang berlaku di Lebuh Raya Karak, baru-baru ini.

Pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat juga tidak menerima sebarang laporan dan panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");