Berita Hari Ini

Najib tidak pernah dipanggil FBI

KUALA KUMPUR – Sehingga kini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah dipanggil dengan mana-mana wakil kerajaan Amerika Syarikat berhubung dakwaan rasuah yang dikatakan melibatkan beliau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman berkata, Perdana Menteri juga tidak berdepan dengan sebarang masalah ketika lawatan rasminya ke Amerika Syarikat baru-baru ini.

“Tidak ada FBI atau Justice Department yang telah menghubungi Perdana Menteri berhubung perkara itu (rasuah),” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai).

Nurul Izzah dalam soalannya meminta penjelasan menteri apakah jaminan kerajaan yang perdana menteri tidak mempunyai risiko untuk ditangkap semasa lawatan rasmi ke Amerika Syarikat susulan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat ke atas dakwaan rasuah melibatkan Najib.

Sebelum ini, The New Yorks Times dalam laporannya mendakwa jabatan itu kini menyiasat Perdana menteri ke tas pembelian hartanah di Ameika Syarikat oleh anak tirinya bersama ahli perniagaan Jho Low.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");