Panasnya Hari Ini

Ucapan Najib Ketika PAU2015 Mengecewakan -Mahathir

KUALA LUMPUR: Mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Muhammad menyifatkan ucapan yang disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015 amat mengecewakan.

Tambahnya, ucapan Najib itu hanya tertumpu dan terhad kepada mempertahankan dirinya sahaja.

“Perjuangan parti dan kerajaan pimpinannya tidak disebut. Juga tidak ada penjelasan berkenaan dengan masalah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang sebanyak RM2.6 billion yang terdapat di akaunnya yang perwakilan ingin tahu supaya mereka dapat terangkan kepada ahli-ahli lain dan orang ramai.

“Ekonomi Negara yang merosot, kejatuhan nilai Ringgit tidak diulas. Masalah yang disebabkan oleh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) juga tidak disentuh, hanya bagaimana kewangan kerajaan diselamatkan oleh cukai berat yang dibebankan keatas rakyat ini,”katanya menerusi catatan terbaru di blognya, chedet.cc, hari ini.

Tambah bekas perdana menteri itu lagi, Najib hanya menyentuh isu bantuan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli-ahli kepada Presiden.

Ujarnya, Najib yang merangkap Perdana Menteri hanya menafsir ‘bantu’ sebagai sokongan kepadanya selaku Presiden UMNO.

“Bantuan yang disebut dalam perlembagaan sebagai peranan Timbalan Presiden dan Naib Presiden ditafsir semata-mata sebagai sokongan kepada Presiden. Sebenarnya bantu bermakna tolong.

“Dalam Bahasa Inggeris ia bermakna ‘assist’ atau ‘help’. ‘Assistance’ dan ‘help’ bermaksud memberi pendapat dan nasihat berkenaan dasar dan tindakan yang dicadang oleh Presiden.

“Jika Presiden lemah atau uzur, maka Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu bantu. Jika Presiden salah, anggota lain perlu tolong betulkan,”jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");