Sukan Hari Ini

Ujian sebenar Foxes

London: Keupayaan sebenar Leicester City memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris akan teruji apabila mereka bertemu juara bertahan Chelsea, awal pagi Selasa ini.

Memasuki pusingan ke-16 jadual liga, pasukan kendalian Claudio Ranieri berada dua mata di depan Arsenal di puncak liga dan hadir dengan penuh keyakinan.

Itulah transformasi dialami Leicester, yang menghabiskan 140 hari di tangga tercorot musim lalu dan tampil sebagai pasukan pilihan untuk menundukkan pasukan bermasalah Chelsea selain mengekalkan kedudukan mereka.

Ketika kedua-dua pasukan bertemu di Stadium King Power pada 29 April lalu, Chelsea menang 3-1 sekali gus memastikan kejuaraan.

Mengimbau semula peringkat sama musim lalu, selepas 15 perlawanan Chelsea berada di puncak dengan 36 mata manakala Leicester hanya meraih 10 mata. Kini Leicester mengumpul 32 berbanding Chelsea 15.

Dalam 24 perlawanan terakhir Liga Perdana, termasuk musim lalu, Leicester mengumpul 54 mata, lebih empat berbanding Arsenal dan Manchester City dalam tempoh sama. Chelsea pula sekadar 35 mata.

Keyakinan memuncak dalam skuad itu yang menampilkan penyerang berbisa Jamie Vardy dan Riyad Mahrez, mengumpul 24 gol setakat ini musim ini.

“Kami sering berasakan boleh menjaringkan gol,” kata pemain sayap Marc Albrighton. “Saya fikir pasukan lain takut sedikit apabila kami menyerang jadi kami sedar kelebihan itu.

“Kami cuba memastikan pintu gol tidak dibolosi, tapi jika tidak boleh juga, maka kami sedar perlu menyerang dan menjaringkan gol.”-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");