Isu Panas

Umno, Pas perlu wujud jawatankuasa perpaduan

ALOR SETAR – Jawatankuasa perpaduan antara ummah perlu diwujudkan oleh Pas dan Umno dalam mendepani gelombang politik dan isu yang cuba menggugat survival kekuasaan Islam di negara ini.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, ia sebagai langkah awal terhadap kerjasama antara kedua parti itu dalam merealisasikan ikatan persaudaraan.

“Pas janganlah bersikap mengikut nafsu yang seolah-olah mahu bermusuh dengan sesama Islam. Utamakanlah tahaluf silaturrahim antara sesama parti politik Islam.

“Umno adalah pilihan kerjasama yang baik kepada Pas dengan perkongsian ciri perjuangan yang mahu memartabatkan Islam dan Melayu di negara ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, para ilmuan dalam kedua parti itu juga harus berperanan sebagai pendamai sesama Islam.

“Menolak kerjasama antara dua parti Melayu dan Islam iaitu Pas dan Umno ibarat satu malapetaka besar yang berterusan.

“Sikap menolak kerjasama ini boleh dianggap sebagai satu dosa besar kerana mahu melihat perpecahan yang berterusan sesama ummah,” katanya.

Jelasnya, tindakan itu tidak wajar dilakukan oleh Pas yang sering menganggap mereka memperjuangkan al-Quran dan Sunnah.

“Saya melihat ‘syaitan politik’ yang sudah lama bertapak mahukan permusuhan sesama parti orang Islam di negara ini harus dibanteras.

“Utamakan soal perpaduan dan silaturrahim dari segala keuntungan dunia. Kekalkan kekuasaan dan pemerintahan politik orang Islam ke atas survival Islam di Malaysia,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");