Perak Hari Ini

Isteri ‘Datuk’ Maut Ditetak: Dua Suspek Ditahan

IPOH: Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang wanita berusia 68 tahun, dipercayai isteri kedua kepada pesara bergelar ‘Datuk’ di Taiping 11 Disember lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan suspek yang ditahan berumur 57 dan sekitar 70 an dan merupakan warga tempatan.

“Lanjutan kejadian ini pihak polis berjaya menangkap dua orang suspek dan masih lagi suspek yang dikesan,” katanya dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.

Tambahnya lagi, setakat ini motif pembunuhan dipercayai disebabkan masalah dalaman keluarga.

Pihak Polis masih lagi berusaha mengesan suspek lain yang terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Ujarnya kedua-dua saspek direman sehingga 18 Disember ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut berkata siasatan terhadap pembunuhan seorang warga asing yang berumur 35 tahun di Kuala kuang telah pun selesai.

Ia berikutan penangkapan tiga orang suspek yang juga warga asing berumur sekitar 25 hingga 27 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ini.

“Peringkat awal dipercayai ianya adalah kes samun namun setelah siasatan dilakukan mendapati ianya bukan bermotifkan samun kerana tiada barangan peribadi mangsa yang hilang dan pondok yang diduduki mangsa juga tidak diceroboh,” katanya.

Katanya lagi pembunuhan dipercayai bermotifkan cemburu dan suspek direman sehingga 22 Disember.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");