Sukan Hari Ini

‘Usah perlekeh Sunderland’

Sunderland: Juergen Klopp tegas mengatakan Liverpool tidak akan memandang rendah kemampuan Sunderland walaupun mereka muncul pasukan yang berjaya melebur rekod tanpa kalah Leicester.

Skuad kendalian Klopp menjadi kelab pertama berjaya menghalang Leicester daripada menjaringkan gol dalam aksi liga musim ini apabila menundukkan anak buah Claudio Ranieri 1-0 di Anfield, Sabtu lalu – kekalahan pertama pasukan itu sejak September.

Kemenangan itu juga yang pertama buat Liverpool dalam lima perlawanan dan mereka akan bertandang ke Sunderland esok.

Klopp berkata, pasukannya tidak boleh merasa terlalu selesa walaupun Sunderland menduduki kelompok bawah liga dan dibelasah 1-4 oleh Manchester City pada perlawanan terakhir mereka.

“Saya tidak mempertikaikan kualiti dimiliki, begitu juga dengan karakter masing-masing. Apa yang kami perlukan adalah kestabilan prestasi,” kata Klopp.

“Kami perlu pergi ke Sunderland dan menumpukan perhatian sejak wisel permulaan, sama seperti ketika kami menentang Leicester.

“Kami mahu menang di Sunderland. Itu sebabnya mengapa kami akan bermain di tempat lawan.

“Kami tidak meragui kekuatan mental pasukan. Tidak ada pemain yang menganggap lawan kami kali ini lemah.

“Kami mahu meningkatkan permainan dan mendapat mata dalam masa penting ini.”

Klopp menjangka Sunderland pasti bangkit selepas mereka ditewaskan City, tambahan pula Wearsiders mahu keluar dari zon penyingkiran.

“Saya rasa Sunderland akan bermati-matian. Mereka akan menyerang dan bertahan. Kami tahu apa yang menanti kami di sana nanti.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");