Jenayah

Wanita hina polis ditahan

KLUANG: Seorang peniaga ditahan di kediamannya di Jalan Seri Impian 1/12, Taman Sri Impian, dekat sini lebih kurang jam 12.02 tengah malam kelmarin atas kesalahan menghina polis di laman sosial facebook, 23 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohamad Laham berkata, tangkapan tersebut dibuat hasil risikan dan maklumat yang diperoleh bagi mengesan suspek.

Beliau berkata, suspek merupakan seorang wanita Melayu berusia 44 tahun telah ditahan berikutan telah bertindak menviralkan perasaan tidak puas hati menuduh pihak polis memukul anaknya dan meminta wang pada 23 Disember lalu.

“Perbuatan suspek ini telah menimbulkan persepsi buruk kepada orang awam terhadap polis. Suspek bertindak demikian kerana anaknya telah ditangkap pada 29 November lalu atas kesalahan memiliki motosikal curi.

“Kes telah dibawa ke mahkamah dan masih dalam perbicaraan. Disebabkan tidak berpuas hati suspek telah menghina polis di laman sosial facebook milik suspek,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan media sosial untuk mengaibkan orang lain dan mengambil tindakan sendiri jika ada permasalahan berlaku berkaitan salah laku orang lain. Ini akan mengakibatkan tindakan undang undang dikenakan kepada mereka.

“Juga dinasihatkan orang ramai datang ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan nasihat atau membuat laporan polis. Perbuatan menghina orang lain dalam media sosial adalah satu kesalahan jenayah dan pihak polis akan mengambil tindakan di bawah undang-undang berkaitan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");