Jenayah

13 premis dikenakan tindakan

SHAH ALAM – Sebanyak 13 premis di sekitar Seksyen 7 dan Seksyen 15, di sini, dikenakan tindakan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam operasi bersepadu memecah tanjakan (ramp), semalam.

Operasi tersebut bagi mengesan dan menangani masalah pemilik premis perniagaan yang menyalahgunakan tempat letak kereta untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran MBSA.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, enam premis dikenakan tindakan di Seksyen 15, manakala tujuh premis lagi di Seksyen 7.

“Pemeriksaan mendapati mereka membina tanjakan tanpa kebenaran.

“Kita gunakan sebuah jentera penggali untuk menanggalkan tanjakan tersebut dan operasi melibatkan 17 kakitangan daripada Seksyen Pengurusan Hasil, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Penguatkuasaan dan Bahagian Korporat & Perhubungan Awam,” Katanya.

Menurutnya, penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan adalah satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

“MBSA mengenal pasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan antaranya kedai membaiki kereta atau motosikal, kedai menjual aksesori kereta atau motosikal, kedai menjual perabot, klinik, ruang pameran kereta atau motosikal, pasar raya atau kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang dan sebagainya,” katanya.

Shahrin berkata, MBSA memohon pemilik premis yang ingin menggunakan tempat letak kereta bagi tujuan perniagaan membuat permohonan sewaan petak khas terlebih dahulu sebelum menggunakan.

“Tindakan tegas termasuk memecahkan tanjakan akan dikenakan kepada pemilik premis yang ingkar dan membina tanjakan haram di hadapan premis mereka,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");