Panasnya Hari Ini

PATI: Kenapa Mahu Halalkan Yang Haram? – Blogger

KUALA LUMPUR: Blogger politik,parpukari.blogspot.comhari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang masih mahu menghalalkan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang haram di negara ini.

Menerusi satu artikel di laman blognya, beliau berkata, PATI di negara tidak sepatutnya diberi muka dan perlu dihantar pulang ke negara mereka semula.

Ujarnya, mereka tidak boleh dengan begitu mudah mendapatkan status halal berikutan ia berkemungkinan besar akan memudaratkan negara.

“Aku belasah MYEG sebab mereka akan mendapat projek pemutihan atau nama baru seperti disebut PM iaitu REHIRING PROGRAMME.

“Aku tak faham kenapa perlu halalkan PATI ni semua? Wahai Menteri KDN, apakah anda tidak menerangkan betapa bahaya cadangan anda ini? Kalau dihalalkan semua PATI yang kurang lebih ada sejuta dalam Malaysia ini lepas itu ambil baru lagi berjuta. Apa akan jadi?,” soalnya.

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengkaji semula program berkenaan.

“Aku tak salahkan PM dalam hal ini sebab aku tau PM sedang hadapi banyak dugaan sekarang ni. Dari kes 1MDB hingga la ke kes Peguam Negara, sebab tu PM ada menteri yang bertanggungjawab dalam urusan ini.

“Jangan dihalalkan yang sudah haram. Tangkap mereka dan hantar balik. Kalau nak ambik baru biar mereka datang dan masuk dengan cara betul.

“Selamatkan negara kita dari dibanjiri pendatang haram,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Najib dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 semalam berkata, kerajaan akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing.

“Kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja. Ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing,” katanya.

Selain itu, tambahnya lagi, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme, untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah.

“Pelaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi tujuan pemantauan keselamatan,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");