Sukan Hari Ini

Ayuni buru tiket merit ke Rio

Kuala Lumpur: Berbekalkan persiapan rapi, penembak negara Nur Ayuni Farhana Abdul Halim (gambar) berharap dapat melakukan yang terbaik di Kejohanan Kelayakan Olimpik Asia di Delhi yang bakal bermula 24 Januari hingga 4 Februari.

Ia adalah medan terakhir buat penembak negara cuba melayakkan diri ke temasya di Rio De Janeiro selepas Kejohanan Menembak Asia 2015 (ASC 2015) yang sepatutnya menawarkan tempat ke temasya terbesar dunia itu tidak diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) November lalu.

Berdasarkan prestasi semasa, pemenang pingat emas Sukan SEA itu berpeluang cerah untuk layak, namun dia juga perlu berwaspada dan lebih fokus.

“Saya harap dapat melakukan yang terbaik dan jika boleh mendapatkan tempat secara merit ke Olimpik. Itu menjadi harapan saya dan semua atlet menembak negara.

“Jika boleh saya juga mahu memperbaiki pencapaian terbaik apabila turun beraksi nanti dan semoga 2016 ini akan membawa tuah kepada saya,” katanya yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara 10m Air Rifle individu wanita.

Ayuni perlu menempatkan diri di dalam kelompok terbaik bagi menjamin tempat ke Olimpik.

Bagaimanapun, dia dijangka berdepan laluan sukar kerana kejohanan kelayakan itu adalah peluang terakhir buat penembak Asia untuk ke Rio.

Menurut peraturan, seandainya juara di peringkat Asia itu sudah melepasi syarat kelayakan ke Olimpik, kuota seterusnya akan diberikan kepada atlet kedua dan berikutnya serta mereka yang sudah mendapat tiket kelayakan itu dibenarkan beraksi dalam semua acara dipertandingkan.

Justeru, menjadi impian Ayuni untuk beraksi di Olimpik buat kali pertama selepas melihat rakan seperjuangan, Nur Suryani Taibi berjaya melakukannya pada Olimpik London 2012.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");