Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: Mengurangkan Kos Harga Barang Keperluan Harian Rakyat – PM

KUALA LUMPUR: Pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini turut memberikan perhatian terhadap mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat.

Beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah dalam memastikan perkara tersebut direalisasikan.

Ujarnya, kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP, bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi memastikan bekalan yang konsisten.

“Antara produk pertanian termasuklah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing. Pada masa yang sama, syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan terus diutamakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan dengan menawarkan harga jualan lima hingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Katanya, bagi peringkat permulaan, ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac hadapan dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di pusat bandar lain seluruh negara pada tahun ini.

Selain itu, beliau telah mengarahkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk mengenalpasti lebih banyak kedai-kedai jualan harga berpatutan seperti hypermarket asing dan tempatan bagi memastikan rakyat menikmati harga barangan yang berpatutan.

“Jadinya, jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah, kepada 1,000 kedai kesemuanya pada tahun ini,” jelasnya.

Beliau turut mengarahkan KPDNKK untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika, serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda atau profiteering.

Dalam pada itu, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan tambahan tunai sebanyak RM50 bagi setiap satu tan metrik padi bersih sebagai insentif input pengeluaran padi bagi membela nasib para pesawah.

“Pada masa yang sama, kerajaan akan menambah baik pelaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, program MyBeras akan diperkenalkan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat kenaikan kos sara hidup terutamya golongan miskin tegar.

“Setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan. Ini merupakan satu langkah, sehingga Disember 2016, untuk mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");