Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: Penjualan Rumah Berharga RM300,000, Terhad Pembeli Rumah Pertama

KUALA LUMPUR: Penjualan rumah berharga sehingga RM300,000 akan terhad kepada pembeli rumah pertama berkuatkuasa serta merta ke atas projek perumahan baharu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, bermula 1 Mac 2016, kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar empat peratus dengan dana berjumlah RM400 juta bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga RM35,000.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan sejumlah lebih daripada 10,000 ribu pemilik rumah,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu.

Tambahnya, ia akan meliputi rumah yang ditawarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN), Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), agensi negeri serta sektor swasta.

“Lebih 100,000 unit rumah akan ditawarkan dalam program ini,” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");