Panasnya Hari Ini

Bajet 2016: Najib Umum 11 Langkah Pengubahsuaian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 bagi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal pada jajaran yang betul.

11 langkah pengubahsuaian berkenaan termasuklah mengurangkan kos harga barangan harian, projek perumahan, sektor pelancongan, kutipan hasil, sistem pengurusan pekerja asing, dan juga perbelanjaan.

Selain itu, beliau berkata, langkah-langkah yang dirumuskan pada pembentangan Bajet 2016 yang lalu tetap diteruskan.

Ujarnya, perkembangan yang berlaku pada masa kini telah mengakibatkan ekonomi global menjadi tidak menentu dan tempiasnya ke atas ekonomi domestik turut memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup rakyat.

Tambahnya, menyedari hakikat berkenaan, tindakan proaktif diambil untuk membuat pengumuman bagi melaksanakan langkah-langkah pengubahsuaian terhadap Bajet 2016.

“Sesungguhnya, inisiatif ini adalah amat penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan, dan yang lebih utama, melindungi kebajikan rakyat.

“Saya pasti, bersama-sama, kita akan berjaya mengharungi sekali lagi cabaran ekonomi ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa negara ini tidak dan bukannya berada dalam kegawatan ekonomi, mahupun technical recession (kemelesetan teknikal)

“Malah, dengan berkat usaha dan doa kita bersama, mudah-mudahan pertumbuhan ekonomi domestik akan terus kekal kukuh, dan berdaya tahan, serta mampu menghadapi ketidaktentuan ekonomi global,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");