Berita Hari Ini

Dr Asri: Antara keampunan Tuhan dan manusia

SHAH ALAM – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan Tuhan itu berhak mengampuni segala dosa hambanya kerana DIAlah pencipta segala semesta alam ini.

Namun ujarnya, sekiranya manusia yang bertindak sebagai ‘pengampun dosa’ maka berlakulah ketidakadilan.

“Apabila Tuhan mengampuni dosa seseorang, maka DIA memasukkan hamba itu ke dalam syurga sebagai tanda kurniaan keampunanNYA.

“Sementara manusia itu jika ‘mengampun dosa’ seseorang yang dia tiada hak untuk memansuhkan dosa itu, maka dia akan meminta habuan untuk dirinya. Ketika itu akan berlakulah ketidakadilan dan perkara yang tidak wajar,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebooknya.

Oleh itu ujarnya, apa yang diperlukan oleh manusia ialah mencari keampunan daripada ALLAH dan bukannya daripada ‘benda’ lain.

“Apa yang kita perlukan dalam hidup ini ialah keampunan ALLAH. Ya ALLAH! jadikanlah kami ini di sisiMU lebih mulia daripada kedudukan kami di sisi manusia,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");