Jenayah

Bakar kereta abang, rumah jiran

Alor Gajah: Lelaki berusia 42 tahun membakar kereta abangnya dan motosikal jiran sebelum membaling bom petrol kearah rumah seorang lagi jiran menyebabkan kediaman itu musnah 100 peratus dalan dua kejadian berasingan di Jalan Hospital Lama Alor Gajah.

Menurut sumber dalam kejadian pertama pada 7 pagi, lelaki itu pergi ke rumah abangnya sebelum membakar kereta terbabit dan motosikal jirannya.

“Dia kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis, namun pergi semula ke lokasi sama 11.30 pagi sebelum membaling bom petrol ke arah rumah jirannya menyebabkan kediaman itu musnah 100 peratus.

“Difahamkan lelaki itu tinggal di tempat lain, namun kerap datang ke kawasan ini dan dikenali penduduk kerana kerap membuat bising,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");