Berita Hari Ini

Banjir: Wang ihsan mungkin dihentikan

KUALA NERUS – Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk menghentikan pemberian wang ihsan kepada mangsa banjir di negeri ini pada masa datang dengan menggantikan kepada skim perlindungan insurans.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perancangan dalam peringkat kajian itu akan dibuat secara terperinci bagi memastikan ia memberi faedah yang lebih berkesan kepada semua pihak, terutamanya mangsa yang terlibat.

“Bagaimanapun, kita akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan kerajaan pusat untuk tujuan penyelarasan sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jadi, kita tidak tolak kemungkinan, untuk masa hadapan kita bercadang wang ihsan dalam bentuk tunai yang diberikan sebelum ini dijadikan dalam bentuk skim insurans,” katanya.

Menurut Ahmad Razif lagi, sebelum ini kerajaan negeri memberi wang ihsan kepada mangsa banjir sebanyak RM500 dan kerajaan pusat sebanyak RM500.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ahmad Razif memberi jaminan wang ihsan sebanyak RM500 kepada mangsa banjir pada minggu lalu akan disalurkan sebaik berakhir musim tengkujuh kali ini.

“Buat masa sekarang, kita masih lagi dalam proses mengemaskini senarai mangsa dan bayaran akan dibuat setelah musim tengkujuh berakhir sepenuhnya kerana kita tidak tahu bila musim ini akan berakhir.

“Jadi, kita berharap agar mangsa yang terjejas banjir akan bersabar dan kita sememangnya sentiasa prihatin serta peka kepada semua penduduk yang dilanda banjir minggu lalu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");