Panasnya Hari Ini

BN Sanggup Gadai Harta Demi Najib, 1MDB – Mahfuz

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ‘memuji’ tindakan kerajaan menjual tanah dengan harga yang lebih murah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahfuz menerusi kenyataan medianya turut mengucapkan tahniah kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Najib kerana telah berjaya mengurangkan hutang sebanyak RM40 bilion menerusi pelan rasionalisasi yang mengambil tempoh selama enam bulan.

Sindir Mahfuz, pengurangan hutang 1MDB itu adalah berikutan syarikat itu telah menjual syarikat dan projek janakuasa Edra Energi termasuklah yang terbaru, penjualan tanah projek Bandar Malaysia kepada syarikat yang mempunyai kepentingan asing dari China.

“Hari ini, 1MDB milik kerajaan UMNO/BN yang hebat jual tanah bayar hutang untuk selamatkan Najib.

“Masa tubuh 1MDB sebagai syarikat pelaburan kononnya untuk membawa pulangan keuntungan kepada Negara dan rakyat.

“Kerajaan jual tanah pada 1MDB dengan harga murah untuk tujuan pembangunan projek bandar Malaysia, sebaliknya, 1MDB pula menjual kepada syarikat lain ada kepentingan dengan Negara China,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Justeru, beliau menyifatkan tindakan kerajaan adalah satu perbuatan yang mengarut kerana sanggup menjual harta bagi membayar hutang.

“Inilah kehebatan kerajaan UMNO/BN/ Hebat Malaysia berniaga sampai tutup kedai dan jual tanah. Jangan pula lepas ni jual orang!

“Mari kita lihat siapa yang kena. Teringat orang-tua-tua dulu terpaksa bergolok bergadai jual tanah kebun dan dusun untuk kehidupan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");