Sukan Hari Ini

Seekers cemerlang

Kota Bharu: Empat beranak dari kumpulan Seekers dinobatkan juara Treasure Hunt Medan Ikan Bakar (MiB) Monsoon Bike 2015 sempena Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sekali gus membolot wang tunai RM800.

Kejohanan terbuka sehari anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK (KSKP) itu disertai 148 peserta membabitkan 37 kumpulan dengan menjadikan beberapa lokasi terkenal di sekitar Kota Bharu sebagai tempat buruan harta karun.

Wakil juara kumpulan, Wan Hanafi Wan Jaafar, 56, berkata, pada awalnya, dia bersama isteri, Zunaisah Mat Said, 54, dan anak, Wan Mohd Hakimi, 30, serta adik iparnya, Mohd Faizal Mat Said, 35, menyertai kejohanan itu sekadar untuk beriadah dan mengisi masa cuti terluang.

Katanya, bayaran RM10 setiap seorang dianggap munasabah serta tidak membebankan itu menambat hati mereka sekeluarga untuk menyertainya.

“Diakui, 40 soalan disediakan pihak penganjur agak mencabar serta banyak menguji minda kerana kami perlu berfikir di luar kotak untuk menjawabnya.

“Ini kali pertama kami menyertai kejohanan berbasikal itu dan bersyukur kerana berjaya mengalahkan peserta lain yang tidak kurang hebat,” katanya.

Seekers mengalahkan pesaing terdekatnya, kumpulan Naga Sakti yang turut disertai empat beranak, diketuai Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah, 58, Wan Ahmad Faiq, 22, Wan Nur Aqma, 17, dan Wan Ahmad Faruqi, 13, yang membawa pulang wang tunai RM600.

Tempat ketiga (RM400) dimenangi empat rakan karib dari kumpulan KBRK.

Hadiah disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perupok Mohd Huzaimy Che Hussin yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman bersama Yang Dipertua KSKP, Ismail Shauki.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");