Perak Hari Ini

Citarasa Melayu, Baba Nyonya Di 3 Syukur

IPOH: “Sedap, Lazat, Nikmat, Syukur selalu” moto yang dibawa dan diperkenalkan oleh restoran 3 Syukur di sini yang pastinya menjanjikan kepelbagaian jenis menu hidangan untuk para pelanggannya.

Sudah mula beroperasi sejak 4 bulan yang lalu Restoran 3Syukur menjanjikan pelbagai pilihan menu masakan mengikut citarasa pelanggan dengan harga yang cukup berpatutan.

8

Perkongsian idea dua rakan, Raino Firhan Abd Rahim dan Andrew Loh berjaya menampilkan pelbagai jenis menu dari masakan Melayu, Baba Nyonya dan juga makanan barat disediakan buat para pelanggan berlokasi di Terminal Amanjaya di sini.

Menurut Raino Firhan meminati bidang masakan dan perniagaan menjadikan beliau tidak pernah berputus asa mempelajari ilmu mengenainya sehingga sekarang.

7

“Menu di sini pelbagai, menarik dan harganya juga berpatutan,” katanya.

Tambahnya lagi, pelbagai ilmu masakan saling dikongsi bersama dengan rakan perniagaannya kini.

6 (1)

Antara menu yang mesti dinikmati apabila anda mengunjungi Restoran 3Syukur ini kelak ialah empat pakej steamboatnya (Syukur Mini Steamboat, Syukur Sedap Steamboat, syukur Lazat Steamboat dan Syukur Nikmat Steamboat) yang ditawarkan dengan harga yang cukup berpatutan.

Restoran ini juga menawarkan pemilihan 5 jenis sup secara percuma iaitu sup ayam, sup laksa, sup kari, sup tom yam dan sup bubur.

Sementara itu menurut Andrew, pelanggan tidak perlu khuatir dengan pemilihan hidangan kerana 3 Syukur menawarkan pelbagai jenis hidangan dengan pakej yang menarik.

1 (3)

“Restoran ini mengetengahkan konsep santai, dan pelanggan mempunyai banyak pilihan menu termasuklah makanan barat,” katanya.

Tambahnya lagi, antara menu yang menarik untuk dicuba adalah seperti ikan siakap masak cili hijau, ketam lembut Butter, Sambal petai sotong dan kerabu apel.

5 (1)

Berhampiran restoran inijuga terdapat juga Espressolab cafe, pusat hiburan keluarga seperti karaoke.

Ruangan cafe cukup selesa dan surau turut disediakan untuk kegunaan pelanggan Islam.

3 (4)

 

2 (6)

Restoran: 3Syukur
Lokasi: Terminal Amanjaya, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya Ipoh
NO. telefon: Raino Firhan (012-4061431)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");