Panasnya Hari Ini

Dakwaan Kerjasama Dengan Israel, DAP Bakal Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR:Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyatakan bahawa DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan dan mendakwa parti itu menerima tawaran kontrak sebanyak RM1.2 bilion daripada Israel.

Memetik sumber daripada Sinar harian,beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Tambahnya tindakan mengaitkan parti itu dengan Israel adalah satu fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan parti tersebut.

“Kita (DAP) akan ambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengaitkan parti ini dengan Israel memandangkan ini semua dusta dan fitnah,” katanya

Terdahulu, Pengarah Penyelidikan Pas Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendesak DAP supaya menjelaskan mengenai dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamed Razali Abd Rahman berhubung dakwaan kaitan kerjasama hubungan parti itu dengan Israel.

Menurut Mohd Zuhdi, terdapat tiga dakwaan iaitu DAP telah mendapat latihan strategi politik, pemimpin DAP dikatakan menemui wakil kedutaan Israel di Singapura dan juga ditawarkan dana politik oleh Israel.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");