Sukan Hari Ini

Penyokong Selangor fanatik!

SIAPA pengendali baharu Selangor bagi musim 2016 bukan lagi rahsia apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan Zainal Abidin Hassan sebagai pelatih pasukan itu kelmarin.

Kini, tugas besar menanti Zainal dalam meyakinkan peminat Merah Kuning yang masih sukar menerima hakikat apabila jurulatih yang menghadiahkan gelaran ke-33 Piala Malaysia, Mehmet Durakovic meninggalkan pasukan.

“Saya harap penyokong dapat memberi sokongan yang sama kerana kami mempunyai misi yang sama iaitu mencapai kejayaan.

“Saya tahu penyokong Selangor sungguh fanatik kepada Merah Kuning. Jadi, saya serta barisan kejurulatihan harus bekerja keras untuk meyakinkan penyokong,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada penyokong setia Pahang selama ini.

Ketika bersama skuad Tok Gajah, Zainal membimbing pasukannya memenangi beberapa gelaran, antaranya Piala Malaysia (2013, 2014), Liga Super (2014) dan Piala FA (2006, 2014)

“Saya terharu dan menghargai sokongan peminat Pahang kepada saya. Walaupun Pahang pernah turun divisyen, kebangkitan Pahang amat menakjubkan,” katanya yang kini menagih sokongan padu penyokong The Red Giants dalam mengharungi musim baharu Liga Malaysia bermula pertengahan Februari depan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");