Isu Panas

‘Di Malaysia ini, banyak yang kita tidak akan faham’

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan menjangkakan keputusan berbeza terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tiga kertas siasatan SRC International Sdn Bhd dan wang derma RM 2.6 bilion sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi Peguam Negara.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keputusan yang mengumumkan Najib bersih dan tidak melakukan kesalahan jenayah sememangnya sudah dijangka.

“Di Malaysia ini, memang banyak yang kita tidak akan faham. Apabila Peguam Negara ditukar perkara seperti ini dijangkakan.

“Ia sudah dijangka apabila mereka tukar Peguam Negara. Kalau tidak ditukar mungkin perkara lain akan berlaku,” katanya pada sidang media di pejabat pembangkang di Bangunan Parlimen, semalam.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang media semalam, berkata beliau telah meneliti kertas siasatan berkaitan derma RM2.6 bilion dan SRC International dan mendapati Najib tidak lakukan kesalahan.

Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berkata, Pakatan Harapan mengambil pendirian menggesa Dun Kedah membentangkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besarnya, sekiranya mahu tempat Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu diganti.

“Dun Kedah sepatutnya mengadakan sidang khas membuat undi tidak percaya terhadap menteri besar.

“Itu pendirian yang dinyatakan bersama oleh Pakatan Harapan,” katanya.

Beliau berkata, situasi yang berlaku di Kedah sekarang ini tidak menguntungkan Pakatan Harapan.

“Kita tidak mahu rakyat yang rugi. Ini bukan kisah untuk juara sesiapa. Kita cuma mahu menjuarai rakyat.

“Sebab itu kita masuk gelanggang politik ini untuk beri pilihan kepada rakyat. Kalau ada kebaikan kita buat perubahan tetapi kalau tidak menguntungkan rakyat, kita tidak sokong,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");