Panasnya Hari Ini

Tabung Haji Tidak Hadapi Tekanan Kewangan, Rugi – Abdul Azeez

KUALA LUMPUR: Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Azeez Abdul Rahim menegaskan bahawa pencarum TH tidak terlalu bimbang dengar khabar angin mengenai TH yang disifatkannya sebagai satu fitnah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab.

Memetik laporan Freemalaysiatoday, beliau turut menegaskan bahawa TH tidak menghadapi sebarang masalah kewangan dan kehilangan dana.

“Dividen akan diumumkan sebelum Tahun Baru Cina. TH tidak menghadapi masalah tekanan kewangan, rugi, duit hilang dan sebagainya, semuanya ini fitnah bagi mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kebocoran surat peringatan daripada Bank Negara kepada beliau, Abdul Azeez berkata, perkara itu akan dilaporkan kepada pihak polis dalam masa terdekat.

“Saya yakin GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) yang lain juga ada terima surat berkenaan dan saya pun sudah balas kepada (Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara). Hari ini saya sudah drafkan laporan polis meminta disiasat bagaimana mereka boleh menerima surat yang disifatkan sebagai sulit,” katanya.

Beliau turut mengulas isu pelantikan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji (TH) yang didakwa oleh sesetengah pihak dijadikan sebagai imbuhan bagi menutup kes membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tegasnya, siapa sahaja yang dilantik untuk menduduki kerusi itu pasti akan dijadikan modal oleh pembangkang untuk memburukkan imej TH, termasuk pelantikan beliau sebelum ini yang mengundang pelbagai fitnah.

“Ahli TH patut pertimbangkan niat saya, itu lebih penting kerana saya pun tahu yang mana halal dan haram malah, saya sudah berjanji dengan diri sendiri yang saya akan jaga TH dengan beramanah kerana ini melibatkan agama dan bukan hanya melibatkan jemaah Islam.

“Orang di luar sana akan tetap mengata saya, sebagai contoh jika saya lantik peguam lain seperti Tan Sri Shafee Abdullah nanti orang akan cakap sebab kulit sama (kroni). Niat saya ikhlas untuk menjaga pencarum dan jemaah kita dengan meletakkan pengamal undang-undang dalam TH,” katanya yang dipetik dari laman portal pro Barisan Nasional (BN) BNBBC.my,” katanya lagi.

Tambah Azeez lagi, pelantikan Apandi yang berkuatkuasa 15 Januari lalu tidak berkait dengan sebarang ‘conflict of interest’ memandangkan pemegang jawatan itu hanya akan menerima elaun kehadiran tanpa sebarang gaji.

“Beliau adalah sebagai ahli lembaga pengarah sahaja dan lantikan pula bulan lalu, kalau saya lantik bulan depan, lagi orang akan melihat ia sebagai ‘rewards’ kepada beliau. Selagi saya ni UMNO dan Barisan Nasional fitnah akan berterusan saya harap Allah beri hidayah kepada mereka,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");