Sukan Hari Ini

Garde lega Villa benam Palace

London: Remi Garde lega selepas akhirnya meraih kemenangan sulung pada Liga Perdana sebagai pengurus kelab tercorot Aston Villa dengan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace, awal pagi semalam.

Gol tunggal hadir pada minit ke-58 apabila penjaga gol Palace Wayne Hennessey membenarkan tandukan bekas pertahanan tengah England Joleon Lescott (gambar) terkena tangannya sebelum masuk ke dalam jaring.

“Ia amat penting buat pasukan, buat kelab, buat setiap orang,” kata Garde. “Kami merana dalam beberapa minggu terakhir tapi hari ini kami amat gembira.

“Saya fikir kami berhak menang kerana sering menekan mereka dan itulah yang kami mahukan. Kami mencipta banyak peluang baik dan sering cuba menyerang, ia satu kemenangan bagus buat kami.”

Villa masih lapan mata daripada zon selamat selepas mencatat kemenangan pertama liga sejak hari pembukaan musim.

Tuan rumah dilihat bergelut bagi 90 minit lagi apabila rembatan pemain Palace Wilfried Zaha terkena tiang pada minit pertama namun anak buah Garde berjaya mengekangnya.

“Kami dibantu oleh tiang gol selepas 20 saat, saya tidak lupakannya tapi inilah permainan,” kata pengendali Perancis itu, yang mengambil alih awal November lalu berikutan pemecatan Tim Sherwood.

“Saya fikir kami bertuah hari ini kerana bermain dengan agresif dan mahu menyerang. Saya gembira dengan pemain kerana mereka bekerja keras hari ini… kini kami perlu meneruskan momentum ini.” – Reuters/Harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");