Panasnya Hari Ini

Rakyat Malaysia Jangan Hindar Diri Lontar Pandangan Jujur Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia disaran supaya tidak menghindarkan diri untuk melontarkan pandangan jujur kepada Kerajaan Persekutuan dan harus dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, saranan itu dilontarkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Majlis Memperingati Pemergian 40 tahun Allahyarham Tun Abdul Razak hari ini.

Ujarnya, kemungkinan terdapat beberapa perkara melibatkan tindakan kerajaan yang tidak dipersetujui oleh rakyat namun ia harus dilakukan berdasarkan undang-undang negara.

“Rakyat Malaysia tidak seharusnya menjauhkan diri daripada memberi maklum balas yang jujur kepada kerajaan.

“Kita mungkin tidak sentiasa bersetuju dengan kerajaan, namun semua pihak seharusnya memberi pendapat dengan cara mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai peribadi bekas Perdana Menteri kedua itu, Hishammuddin berkata, Abdul Razak yang tidak seharusnya dianggap sebagai nasionalis Melayu berfikiran sempit berikutan tindakannya mengatasi masalah ketidaksamarataan dalam masyarakat dahulu.

“Abdul Razak seorang pemimpin yang disayangi dan dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.

“Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asasnya dilaksanakan untuk kepentingan bangsa Melayu, namun akhirnya semua rakyat Malaysia memperoleh manfaat dari perlaksanaan tersebut,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");