Jenayah

Geng Nuar Ayam dituduh membunuh

KOTA BHARU – Seorang anggota geng Nuar Ayam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini, atas tuduhan membunuh.

Wan Alif Wan Mohamad, 26, didakwa membunuh pemilik kedai peralatan rumah, Mustafa Sidik, 52, di premis perniagaan mangsa di Jalan Beris Lalang, Bachok, pada jam 5.50 petang, 5 Februari tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan itu bersama-sama seorang yang sudah dituduh dan dua lagi yang masih bebas.

Dakwaan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding berkenaan, tiada pengakuan direkodkan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Februari depan bagi mendapatkan izin dakwaan ke mahkamah tinggi.

Sementara tertuduh akan ditahan kerana tiada jaminan dibenarkan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohamad Firdaous Mohamed Idris di hadapan Majistret, Nik Habri Mohamad.

Dalam kejadian lalu, mangsa maut selepas terkena tembakan dilepaskan penjenayah yang merompak premisnya.

Seorang anak perempuan mangsa turut cedera terkena tembakan di bahagian paha.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");