Panasnya Hari Ini

RM2.6b: Wira Perkasa Minta Dedah Kertas Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR:Wira Perkasa Malaysia menuntut supaya kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dana derma RM2.6 bilion di dedahkan kepada rakyat demi membersihkan nama Perdana Menteri dan meyakinkan kepada rakyat yang rata-rata sudah hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang dan kerajaan.

Ketua Wira Perkasa Malaysia Irwan Fahmi Ideris menerusi kenyataan medianya berkata ia perlu didedahkan jika tidak diklasfikasikan sebagai ‘Kes’.

Tegasnya lagi, Wira Perkasa Malaysia turut merasa terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali yang memutuskan bahawa tiada berlakunya kesalahan berkaitan pemindahan wang RM2.6 bilion malah mengatakan bahawa wang tersebut telah dipulangkan kepada penderma dari Arab Saudi didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Tambahnya, kekeliruan timbul berdasarkan tindakan Tan Sri Apandi dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang akhirnya membuktikan bahawa pemindahan wang RM 2.6 bilion ini tidak mempunyai apa-apa kesalahan.

Tegasnya, jika individu terbabit terus bermain dan menunjuk contoh sedemikian maka makin tipis kepercayaan masyarakat terhadap sistem perundangan yang ada di Malaysia pada hari ini.

“Mereka menganggap perkara ini sebuah mainan politik mereka semata. Sebagai Peguam Negara harus telus dan berwibawa serta amanah memikul undang-undang.

“Wira Perkasa merasa lebih hairan kenapa tidak perkara ini dibawa ke mahkamah terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

“Kami juga melihat seperti ada kecurigaan di dalam perkara ini.

“Adakah perkara ini tidak serius dan bukan dispesifikasikan sebagai satu kes yang besar? .Dimana ketelusan dan keadilan para pihak Pendakwa Raya? ,” persoalnya.

Tambahnya, Seksyen 3 Akta SPRM juga menetapkan bahawa jawatan Perdana Menteri adalah PENJAWAT AWAM yang tidak dibenarkan menerima “suapan” dalam apa jua bentuk sekali pun. (Takrifan “suapan” di bawah akta ini termasuklah hadiah dan derma apabila hadiah dan derma itu diberikan untuk mendapat balasan).

Manakala Seksyen 50 Akta SPRM menetapkan bahawa sekiranya seorang penjawat awam memberi atau menerima suapan, penjawat awam itu telah melakukan satu rasuah.

Ujarnya, menurut Seksyen 16 Akta SPRM menetapkan bahawa seseorang yang didapati bersalah melakukan rasuah boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");