Jenayah

Hilang di Pulau Bidan

Alor Setar: Lelaki dikhuatiri lemas selepas bot gentian kaca yang dinaiki dipukul ombak dalam kejadian di perairan Pulau Bidan, Yan, di sini, kira-kira 6 petang semalam.

Dalam kejadian itu, Yamin Mohd Yasin, 22, masih belum ditemui manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri.

Pegawai Seksyen Operasi Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Pangkalan Kuala Kedah, Leftenan Madya Maritim Meor Hamzah Badri Shah, berkata pihaknya menerima maklumat pada kira-kira 7 malam.

Katanya, empat anggota melakukan operasi mencari dengan sebuah bot APMM.

“Bagaimanapun, keadaan cuaca buruk dan ombak kuat menyebabkan operasi terpaksa dihentikan dan akan disambung bermula 8 pagi.

“Operasi turut membabitkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Marin dan nelayan untuk mencari dan menyelamat mangsa,” katanya.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, mangsa dan rakannya dipercayai dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai selepas keluar memancing ikan sebelum kejadian itu.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");