Panasnya Hari Ini

Nur Amirah Ditemui Selamat, Tidak Diculik

KUALA LUMPUR:Kisah perbualan seorang remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14, terungkai apabila mangsa ditemui selamat bersama dengan seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya 8 malam tadi.

Memetik sumber Harian Metro, Amirah ditemui bersama dengan lelaki terbabit di hadapan stesen minyak di Banting oleh sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejaki mangsa.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

“Kita berjaya menjejakinya sejak tengah hari semalam dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-duanya di depan stesen minyak terbabit malam tadi.

“Mangsa dikatakan buat begini kerana hendak bebas namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu, kehilangan Amirah menjadi viral setelah perbualannya dengan kakak angkatnya yang mendakwa bahawa dia telah diculik di kawasan rumah dengan menggunakan van putih tersebar meluas di laman sosial.

Semasa perbualan itu juga mangsa mendakwa ternampak papan tanda menuju ke Johor Bahru.

Malah ibu mangsa menyedari kehilangan Amirah setelah mangsa tidak pulang ke rumah setelah keluar menemui rakannya dan telah bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sultan Suleiman Isnin lalu.

Menurut Abdul Samah lagi, terdahulu kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik namun pihaknya akan membuka kertas siasatan baru berhubung penemuan tersebut dan kedua-duanya kini masih ditahan bagi siasatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");