Perak Hari Ini

Jambatan Utama Kampung Bukit Torak Runtuh

SELAMA: Hampir 400 penduduk di Kampung Bukit Torak di sini terputus hubungan apabila jambatan utama yang menghubungkan penduduk dengan pekan terdekat telah runtuh pada petang semalam.

Penduduk bagaimanapun masih boleh menggunakan jalan alternatif yang lain tetapi sedikit jauh dan sempit.

Ketua Kampung, Mohamad Razman Ibrahim berkata, jambatan utama yang merentasi Sungai Mengkuang itu sering digunakan oleh penduduk untuk membawa keluar hasil kebun itu runtuh pada jam kira-kira lima petang semalam.

PRK TDY KBT

“Ini mungkin terjadi kerana berlakunya hujan lebat dalam tempoh tiga dan empat hari ini.

“Apabila jambatan ini runtuh, ianya menjejaskan aktiviti harian penduduk untuk ke pekan Rantau Panjang, menghantar anak-anak ke sekolah apabila jambatan lain terletak dalam jarak dua hingga tiga kilometer dari jambatan utama,”katanya ketika ditemui, tengah hari tadi.

Selain jambatan yang baru sahaja setahun dibina itu, turut terjejas sama ialah tebatan banjir berhampiran kawasan tersebut yang turut runtuh buat kali kedua.

PRK TDY (KG. Bukit Torak) 1

Razman berkata, pihaknya juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff berharap agar penduduk dapat bersabar dengan keadaan yang berlaku sementara pihak JPS mengambil tindakan yang selanjutnya.

PRK TDY (KG

“Ini merupakan kali kedua ianya berlaku dan pihak JPS sudah mengambil tindakan yang selanjutnya.

“Saya dimaklumkan, JPS telah melantik kontraktor yang akan membina semula jambatan tersebut dan pihak kontraktor meminta tempohd dua minggu untuk membuat persiapan dan tempoh masa untuk disiapkan adalah selama satu bulan,”katanya ketika ditemui.

Sementara itu,mengulas mengenai kejadian tanah runtuh di tebatan banjir berhampiran jambatan tersebut, Daud berkata, tebatan tersebut masih berada di bawah Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP).

PRK TDY

Perkara itu ulasnya lagi sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib dan tebatan banjir tersebut akan dibaiki oleh kontraktor asal.

“Jadi saya harap penduduk di Kampung Bukit Torak dapat bersabar dan mereka perlu tahu bahawa semua pihak amat prihatin dan berganding bahu untuk menyelesaikan masalah terutamanya yang melibatkan keselamatan penduduk,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");