Panasnya Hari Ini

Kedah Bakal Dapat MB Baharu Hujung Januari?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneliti permohonan yang dilakukan oleh UMNO Kedah yang menginginkan perubahan dalam kepimpinan parti negeri itu dengan menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, beliau akan meneliti semua perkara dari pelbagai aspek sebelum membuat sebarang keputusan selepas melakukan perjumpaan dengan barisan kepimpinan UMNO dan Exco kerajaan negeri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

“Perdana Menteri akui apa yang berlaku adalah suara yang dibawa oleh ketua-ketua bahagian di Kedah, oleh itu beliau minta diberi masa untuk membuat keputusan kerana apa juga tindakan perlu mengambil kira kesan kepada UMNO Kedah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

“Selain itu, beliau juga menuntut kesetiaan semua pemimpin UMNO negeri tersebut terutamanya apabila keputusan dibuat dalam tempoh sehari dua lagi,”kata sumber, memetik laporan Utusan Malaysia.

Dalam perjumpaan tersebut, turut hadir adalah sekitar 50 pemimpin UMNO Kedah seperti Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Ahli Parlimen Jerai Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Dawai, Datuk Tajol Urus Mat Zain, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Beberapa Exco kerajaan negeri dan ADUN tidak hadir ke perjumpaan tersebut kerana dikatakan menyokong Mukhriz.

Memetik laporan Utusan Malaysia lagi, kesemua pemimpin UMNO Negeri yang hadir sepakat meminta Najib segera menyelesaikan isu tersebut dengan menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah secepat mungkin.

“Dalam mesyuarat itu, Ahmad Bashah yang mewakili kepemimpinan UMNO Kedah menjelaskan apa yang berlaku dan mahu Perdana Menteri membuat perubahan terhadap kepemimpinan UMNO Kedah demi memastikan parti itu terus berkuasa,”ujar sumber.

Sumber turut dilaporkan berkata, buat ketika ini, hanya Ahmad Bashah sahaja merupakan calon utama dan pengumuman mengenainya akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Ada pihak memaklumkan majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada penghujung bulan ini di Istana Anak Bukit,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");