Panasnya Hari Ini

Tengku Adnan Berat Sebelah, Pilih Kasih -Khairuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan menyifatkan bahawa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor seorang yang pilih kasih dan berat sebelah.

Khairuddin berkata, ianya dapat dilihat apabila Tengku Adnan dengan pantas mengumumkan bahawa tindakan disiplin tidak akan dikenakan ke atas mereka yang mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir digugurkan jawatan.

“Tapi tak menghairankan kerana Tengku Adnan ini adalah kaki bodek kelas pertama. Beliau sering bertindak seolah-olah UMNO ini parti milik dia sahaja.

“Apa sahaja keputusan atau tindakan diambil berdasarkan citarasa beliau sendiri. Beliaulah penyangak yang mencemarkan imej dan kredibiliti ibu pejabat UMNO,”katanya menerusi status terbaharu di laman media sosial Facebook miliknya.

Khairuddin turut mengulas mengenai desakan-desakan yang dibuat oleh ketua-ketua cawangan yang meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, Tengku Adnan secara pantas membuat kenyataan memberi amaran dan mengambil tindakan disiplin untuk menggantung keahlian ketua-ketua cawangan terlibat.

Khairuddin berkata, ianya juga isu yang sama seperti yang berlaku di Kedah dimana beliau menyifatkan mereka yang mendesak Mukhriz digugurkan jawatan sebagai penyangak.

“Penyangak-penyangak yang diketuai oleh Ahmad Bashah bertindak untuk memporak-perandakan landskap politik Kedah yang begitu aman serta tenteram dilakukan secara kurang ajar sehingga membuatkan keseluruhan rakyat Kedah marah tanpa mengira ideologi politik.

“Secara cepat lagi pantas, Setiausaha Agung UMNO telah membuat kenyataan tidak akan bertindak ke atas kumpulan-kumpulan tersebut,”luahnya.

Di akhir penulisannya, beliau meminta agar rakyat bersabar dan tidak berkecil hati dengan tindakan yang diambil oleh Tengku Adnan itu.

“Sebenarnya, yang melingkupkan UMNO adalah terdiri dari kalangan otak kosong inilah. Merekalah yang sedang buatkan UMNO dibenci oleh oleh keseluruhan rakyat jelata,”ujar beliau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");