Membawang Hari Ini

Kumpulan Halim Othman Menang Cabaran ‘Escape Room’ Grandstand Suria FM

PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Halim Othman bersama empat ahli kumpulannya memenangi cabaran Escape Room bagi segmen Grandstand Suria di e@Curve di sini pada pagi Sabtu.

Ahli-ahli kumpulan Halim iaitu Intan Natasha Safiqah Abdullah, Intan Juliana Mohd Zin, Marziana Safian dan Nurul Nadhirah Senan sekali gus telah mengalahkan kumpulan Naim Tahak.

Halim berkata, Escape Room adalah satu permainan yang mencabar minda dan sokongan ahli kumpulan amat diperlukan bagi meleraikan teka teki yang diberi dalam cabaran tersebut.

“Seronok sebenarnya apabila bergabung dengan golongan remaja menjadi sebuah kumpulan untuk melakukan cabaran-cabaran yang membabitkan minda.

“Mereka mempunyai pemikiran yang luar biasa dan kebanyakan masalah banyak diselesaikan oleh ahli-ahli saya. Itu harus saya akui,” selorohnya.

Kemenangan kumpulan Halim membuatkan mereka membawa pulang barangan cenderamata Suria FM serta coklat M&M.

Naim bersama ahli kumpulannya iaitu Siti Nur Faizah Abu Hassan, Siti Nurul Azira Abu Hassan, Nurul Syafikah Mohamad Azhar dan Mohammad Iswady Putera bagaimanapun menganggap kekalahan mereka mungkin kerana tidak ada rezeki.

“Mungkin kami tidak ada rezeki, tidak mengapa. Yang penting, cabaran dan aktiviti seperti ini memberi peluang kepada kami sebagai penyampai radio mengukuhkan hubungan dan beriadah bersama pendengar setia Suria FM,” ujar Naim.

Menerusi cabaran Escape Room, Halim dan Naim bersama kumpulan masing-masing diuji menyelesaikan teka-teki yang diberi untuk membebaskan diri.

Mereka diuji daripada segi pengetahuan Matematik, satera bahasa Inggeris dan pengetahuan Am.

Kumpulan yang berjaya melepaskan diri mereka dengan catatan masa terpantas dikira sebagai pemenang.

Grandstand Suria FM dikendalikan oleh Halim Othman dan Naim Tahak pada setiap Sabtu dan Ahad pukul 9 pagi hingga 1 petang.

Segmen cabaran tersebut merupakan salah satu program bulanan yang dianjurkan untuk pendengar segmen hujung minggu tersebut.

Turut hadir pada acara tersebut ialah Sufi AF, Syamel AF, Bila AF dan Mel (Sakura Band).

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");