Berita Hari Ini

Pakatan Harapan ajak Pas tolak TPP

SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Tian Chua memberitahu Pakatan Harapan telah mencapai kata sepakat untuk menolak perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang akan dibahaskan di Parlimen, hujung bulan ini.

“PKR tidak akan sokong TPP di Parlimen. Kita telah berunding dengan parti-parti lain, Amanah dan DAP di mana mereka juga beri komitmen sama,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak TPPA 2016, di sini, semalam.

Ketika diminta mengulas lanjut, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Pas agar mengambil keputusan sama.

Katanya, pertemuan dengan Pas akan dijalankan sebelum tarikh Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, 26 Januari ini.

“Sebagai pembangkang, kita mahu melihat uniti dalam kalangan pembangkang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Sementara itu, dalam sidang media selepas persidangan tersebut, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, parti itu menolak Malaysia terlibat TPP kerana dilihat bukan sekadar merugikan negara tetapi juga menggadai kedaulatan negara ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");