Berita Hari Ini

Lapor jika didatangi ‘ulama’ Syiah

TELUK INTAN – Orang ramai perlu lapor kepada pihak berkuasa sekiranya didatangi individu mahupun kumpulan yang menyamar sebagai ulama, tetapi menyebarkan ajaran Syiah.

Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, langkah itu perlu untuk membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Menurutnya, meskipun penyebaran Syiah di negeri ini terkawal, namun kerjasama orang ramai diperlukan.

“Umat Islam wajib pertahankan diri sebagai pengikut setia ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, jangan mudah terpedaya dengan sebarang ajaran sesat yang bercanggah dengan syariat Islam.

“Jika ada keraguan atau didatangi mana-mana pihak, mereka boleh terus membuat laporan di pejabat agama Islam daerah masing-masing supaya tidak menjadi mangsa kepada ajaran Syiah ini,” katanya dalam ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Batak Rabit, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Adun Changkat Jong, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.

Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan semua 618 masjid di seluruh negeri agar mengawasi gerakan Syiah di kawasan mereka.

Beliau berkata, pengurusan masjid perlu sentiasa mengadakan program dakwah bersama masyarakat setempat bagi mendekatkan institusi itu kepada umum.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");