Panasnya Hari Ini

Tengku Adnan Perlu Dikenakan Tindakan, Sebarkan Berita Palsu -AMK

KUALA LUMPUR: Angkata Muda Keadilan (AMK) menegaskan agar pihak polis mengambil tindakan tegas kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di atas dakwaan kerana menyebarkan maklumat dan berita palsu.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Tengku Adnan telah bertindak mengeluarkan kenyataan berkaitan beberapa lokasi di bandaraya ini menjadi sasaran pengganas dan telah memberi implikasi besar.

“Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan sehingga kini masih ramai yang menyebarkan kenyataan ini sehingga menimbulkan keresahan orang ramai tentang keselamatan Negara.

“Jika benar pihak polis mengambil serius tentang penyebaran maklumat dan berita palsu, mereka harus bertindak tegas terhadap Tengku Adnan kerana kata-kata seorang menteri pasti memberi implikasi,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Terdahulu, Tengku Adnan menerusi satu sidang media yang diadakan di Putrajaya telah menamakan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk Bangsar, Hartamas, The Curve dan Bukit Bintang.

Tengku Adnan berkata, beliau mendapat maklumat tersebut hasil daripada risikan pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun telah menafikan pihaknya telah mengenalpasti lokasi-lokasi yang menjadi sasaran pengganas.

Tegasnya, pihak polis hanya meningkatkan kawalan keselamatan dengan menambah bilangan anggota di beberapa kawasan bagi meningkatkan keyakinan orang ramai dan supaya mudah bertindak jika terdapat ancaman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");