Berita Hari Ini

MBM bantu belia tapi tidak kecoh-kecoh

KUALA LUMPUR – Setelah genap setahun mengambil alih kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM), Muammar Ghadafi Jamal Jamaludin akui pihaknya terus berusaha keras agar badan bukan kerajaan itu terus kekal relevan untuk membela golongan muda.

Meskipun dilihat agak lunak dalam isu-isu rakyat, namun Muammar sebagai Presiden memberitahu, pihaknya telah memainkan peranan dengan membawa isu-isu itu terus kepada kerajaan menggunakan saluran formal.

“Bukanlah kata kami tidak vokal dalam mengutarakan pandangan tapi mungkin dalam tempoh setahun ini, kita (barisan kepimpinan baharu) baru nak bertatih lagi.

“Jadi, kita merasakan dalam tempoh setahun mengambil alih tampuk kepimpinan, kita nak melihatkan hasil.

“Bukan sekadar nak dilihat hanya sebagai orang yang beria-ia nak buat tapi isunya tidak selesai. Yang kami mahu adalah isu yang ada itu selesai. Jadi, pendekatan MBM adalah berorientasikan kepada hasil. Jadi, buat masa ini, kami membawa suara-suara belia melalui saluran seperti ini. Setakat ini, suara kita mendapat respons yang cukup baik dari kerajaan,” katanya kepada Sinar Online dalam wawancara khas.

Menurutnya, saluran sedia ada itu cukup berkesan dalam mengetengahkan isu-isu golongan muda khususnya.

“Antara hasilnya, enam daripada tujuh cadangan MBM telah diangkat Perdana Menteri dalam Bajet 2016 termasuk melibatkan keusahawanan sosial dan isu perumahan untuk orang muda berkaitan deposit,” katanya.

Katanya, MBM juga membuka ruang kepada anak-anak muda untuk mengemukakan pandangan dan luahan hati mereka melalui media massa mahupun program-program advokasi anjuran mereka.-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");