Panasnya Hari Ini

Desakan Singkir Mukhriz Tiada Kaitan Dengan Najib- Ketua Pemuda Umno Kedah

KUALA LUMPUR:Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada mempunyai kaitan dengan krisis dalaman Umno Kedah kini iaitu melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Memetik sumber Mstar, tindakan yang mengesa supaya Menteri Besar Kedah itu berundur adalah dilakukan tanpa campur tangan Najib.

“Saya nak jelaskan kepada semua, ini bukan soal Mukhriz Vs Najib. Tak timbul isu antara mereka berdua.

“Sebaliknya ini soal negeri, kepimpinan Umno negeri yang buat keputusan. Ini adalah penolakan daripada Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz,” katanya.

Terdahulu,beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Umno Kedah serta beberapa pemimpin kanan Umno negeri menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu.

Desakan itu juga dikatakan timbul setelah tindakan berterusan bapa Menteri Besar Kedah, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Najib selaku perdana menteri.

Shaiful Hazizy juga tetap dengan pendiriannya untuk menggesa supaya Mukhriz segera akur dan berundur.

“Kami harap Mukhriz jangan panjangkan isu ini. Lebih baik berundur dengan baik. Jangan cetuskan situasi tidak aman di Kedah, tak perlu anjurkan pelbagai perhimpunan bagi meraih sokongan.

“Umno Kedah sudah bersuara dan beliau sepatutnya faham demi kepentingan parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");