Panasnya Hari Ini

Najib Beri Bayangan Akan Naikkan Kadar GST? – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man persoalan sama ada Perdana Menteri (PM) akan menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berdasarkan ucapannya pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan semalam.

“Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa GST telah menyelamatkan ekonomi negara dengan menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum.

“Apakah PM sedang memberikan bayangan bahawa kadar GST akan dinaikkan atau GST bakal dilebarkan untuk meliputi lebih banyak jumlah barangan dan perkhidmatan termasuklah RON95 dan bayaran tol, bagi menampung hasil negara memandangkan harga minyak sedunia dijangka mengambil masa yang lama untuk pulih,” katanya, memetik laporan MalaysiaKini.

Tambah Tuan Ibrahim lagi, tidak mustahil sekiranya perkara tersebut (kadar cukai GST) dinaikkan atas alasan untuk ‘menyelamatkan negara’.

“Perkara ini tidak mustahil. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’, kini GST digelar sebagai penyelamat. Atas alasan ‘menyelamatkan negara’ juga, kadar GST boleh dinaikkan.

“Dan jika kadar GST dinaikkan, ini bukan kali perama PM dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) membelakangkan kesusahan rakyat,” ujarnya.

Ujarnya lagi, Perdana Menteri seharusnya menasihatkan kepada jemaah kabinet agar mereka berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan pada dirinya dahulu.

“Tunjukkan kerajaan menjimatkan belanja dengan mengurangkan anggota kabinet dan gaji sendiri. Kalau boleh dapat derma RM2.6 bilion, apa salahnya berhenti mengambil gaji selama setahun?

“Laksanakan konsep ketelusan dalam perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri untuk menunjukkan diri seorang kakitangan kerajaan yang hemah berbelanja.

“Tunjukkan Jabatan Perdana Menteri dapat melakukan penjimatan dengan menggunakan veteran kakitangan awam dan para pensara daripada kakitangan kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri,” tegasnya.

Tambahnya lagi, kerajaan BN tidak boleh terus mengharapkan rakyat sahaja yang berkorban dengan pengurangan pendapatan boleh belanja.

Manakala Ketua Audit Negara seharusnya melaporkan keborosan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan kerajaan.

“Bagi rakyat, GST ini bermaksud rakyat yang bayar dan berkorban. Susah sangatkan melihat PM dan para ahli kabinetnya turut berkorban dan menanggung kesusahan bersama rakyat?,” soalnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");