Panasnya Hari Ini

Promosi Istimewa PROTON Sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR: PROTON Holdings Bhd (PROTON) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Proton Edar Sdn Bhd menawarkan promosi istimewa untuk perkhidmatan selepas jualan bersempena dengan Tahun Baru Cina.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, Proton menyatakan bahawa promosi itu telah bermula sejak 9 Januari 2916 (semalam) dan akan berakhir pada 31 Mac 2016 di kesemua pusat servisnya di seluruh Negara.

“PROTON menawarkan pemeriksaan 30 aspek secara percuma. Ianya termasuk pemeriksaan brek, tali sawat pemasaan, pengelap cermin silikon, gear, penyerap hentakan dan bateri.

“Selain itu, pelanggan akan turut menikmati diskaun sehingga 20 peratus bagi alat ganti kereta terpilih,”katanya.

Tambah PROTON lagi, tujuan promosi itu diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang keselamatan pelanggan terutamanya bagi pemanduan jarak jauh semasa cuti perayaan dan kepentingan menyelenggara kenderaan dengan baik.

“Ia dilaksanakan bagi menggalakkan kenderaan yang sudah tidak mempunyai jaminan untuk menikmati pakej penyelenggaraan istimewa memandangkan kami mengambil berat terhadap semua pelanggan kami,”ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh melayari laman web PROTON Edar di www.proton-edar.com.my atau menghubungi talian di 1 800 888 398.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");