Isu Panas

Pas nafi terima sebahagian dana RM2.6 bilion

IPOH – Pas menafikan tuduhan yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab kononnya parti itu menerima sebahagian dana politik RM2.6 bilion yang hangat diperkatakan kini.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, tuduhan kononnya Pas menerima RM120 juta sebahagian daripada RM2.6 bilion adalah berniat jahat.

“Saya dapat tahu daripada beberapa individu dan ia sedang disebarkan kepada orang Cina di kedai-kedai kopi selain dakwaan kononnya Pas akan bergabung dengan Umno.

“Ia tidak benar dan kami tidak akan bela kalau ada pemimpin kami yang terlibat dalam rasuah,” katanya ketika Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perunding Ilmuan, di sini.

Idris berkata, Pas bukan parti mewah dengan duit, malah ada pejabat Pas yang terima notis pemotongan elektrik.

Katanya, bukan itu sahaja, semua Ahli Parlimen Pas juga perlu menyumbang kepada Pas untuk membantu mengerakkan parti.

Sementara itu, mengenai kerjasama Pas dan Umno, Idris mengulangi pendirian bahawa perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh Majlis Syura yang turut dianggotainya.

“Mana kenyataan dapat? Kenyataan tepi jalan tak boleh pakai. Biarlah kenyataan mesyuarat. Saya ahli majlis Syura, saya ni ahli jawatankuasa Pas Pusat. Nak buat keputusan saya tahu. Dalam mesyuarat terakhir 12 Januari lalu tak pernah bincang tentang ini (kerjasama).

“Ini masalahnya kita yang percaya mazhab Wasaffi (Whatsapp) dan Fesbuki (Facebook) payahla… Tanyalah, saya ada nombor telefon, tanyalah,” katanya ketika menjawab soalan yang dibangkitkan salah seorang penonton wacana tersebut.

Beliau berkata, bukan sahaja kerjasama dengan Umno menjadi sensasi, malah tuduhan pihak tertentu kononnya Pas diresapi pemikiran IS juga menjadi hangat diperkatakan.

“Kadang-kadang saya pelik orang kata Pas nak bergabung dengan Umno tapi pada masa yang sama tuduh kami pemikiran IS.

“IS ni tiada perundingan tahu, IS ni perang sahaja. Macam mana boleh kata Pas ni IS, tapi nak baik dengan Umno,” selorohnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");