Panasnya Hari Ini

Tun M Belum Berputus Asa Jatuhkan Najib

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tetap dengan pendiriannya bahawa beliau sama sekali belum berputus asa dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri.

Memetik sumber Freemalaysiatoday, biarpun usaha itu sejak akhir-akhir semakin berkurangan, namun beliau menyatakan bahawa sama sekali tidak berputus asa demi menyelamatkan negara ini.

“Saya tidak berputus ada kerana saya berpandangan ia (menjatuhkan Najib) merupakan isu penting negara,” katanya ketika ditanya sama ada beliau telah mengaku kalah menentang Najib.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana selepas menerima kunjungan hormat Angkawasan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, pentadbiran Najib telah menyebabkan negara jauh ketinggalan di belakang berbanding negara jiran lain.

“Kita boleh melihat hari ini bagaimana pentadbiran Najib telah menyebabkan kita ketinggalan dari segi ekonomi, politik, sains dan teknologi,” katanya.

Dakwanya lagi, Najib turut bertindak mengabaikan pembangunan negara kerana terlalu mengejar populariti dalam kalangan pengundi.

Beliau juga menegaskan pujiannya terhadap Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang turut dianggap sebagai mentornya, sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Najib.

“Beliau (Tun Razak) adalah mentor saya. Beliau banyak membantu saya mencapai kejayaan. Tetapi ia tiada kena mengena dengan Najib,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");