Sukan Hari Ini

Pellegrini puas hati aksi Aguero

Manchester, England: Manuel Pellegrini percaya kekuatan menyeluruh yang dimiliki skuadnya menjadi kunci kejayaan separuh kedua musim ini selepas melihat pasukannya menyalakan kembali misi memburu gelaran Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace.

Perlawanan di Etihad kelmarin menyaksikan City menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan buat kali kelapan musim ini dalam usaha mereka mengukuhkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak di laman sendiri.

Sergio Aguero (gambar) kembali dengan prestasi terbaik apabila menjaringkan dua gol namun Pellegrini berpuas hati dengan kemenangan positif selepas bermula tanpa beberapa pemain utama.

“Kami perlu bermain banyak perlawanan bulan ini, maka penting untuk mendapatkan pembabitan keseluruhan skuad dalam apa yang kami lakukan jika mahu terus menjadi pasukan yang kompetitif dalam semua pertandingan,” kata pengurus City itu.

“Melakukan lima pertukaran dan menang seperti hari ini saya fikir amat berguna pada masa depan,” kata pengurus Chile itu yang menamatkan saingan di tangga kedua, satu mata di belakang Leicester meskipun kedua-dua kelab mungkin berada di belakang Arsenal bergantung kepada keputusan perlawanan di antara Gunners menentang Stoke.

Pellegrini merehatkan Yaya Toure yang diturunkan pada separuh masa kedua dan membantu jaringan kedua Aguero yang menjadikan kedudukan 3-0 memusnahkan peluang Palace untuk kembali bangkit.

Raheem Sterling pula menjadi pemain simpanan yang tidak diturunkan dan City berjaya mengharungi perlawanan itu tanpa kelibat pemain tengah Fernandinho, pertahanan Vincent Kompany dan penyerang Wilfried Bony yang mengalami kecederaan.

Pellegrini, yang mengekalkan rekod tanpa bolos dalam tiga perlawanan berturut-turut, membolehkan mereka mengekalkan pencapaian tanpa kalah kepada lima perlawanan liga berkata: “Pujian harus diberi kepada skuad ini yang terbabit dalam banyak perlawanan tanpa pemain utama pada tahap penting musim ini. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");