Panasnya Hari Ini

SUARAM Dakwa Tahanan SOSMA Dipaksa Onani, Berciuman Sesama Sendiri

Foto: Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Disebalik kisah penahanan beberapa individu yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), terdapat kisah lain yang terjadi kepada tahanan-tahanan tersebut.

Jika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terdapatnya kisah-kisah tahanan diseksa, didera dan dibogelkan, tetapi bagi tahanan SOSMA, mereka mendakwa dilakukan lebih teruk daripada itu.

Memetik laporan Free Malaysia Today, tahanan-tahanan SOSMA menceritakan tentang pelbagai perkara yang terjadi kepada mereka melalui surat yang dihantar kepada peguam masing-masing.

Surat itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menerusi satu sidang media yang diadakan, hari ini.

“Saya dipaksa melancap di depan mereka (polis),”tulis seorang tahanan yang mendakwa dia telah dipaksa menonton video lucah melalui telefon bimbit milik anggota polis.

“Mereka (polis) juga paksa saya menjatuhkan talak ke atas isteri.

“Kemudian, mereka (polis) turut mengancam untuk merampas bayi kami dari isteri saya, dan menghantarnya ke Kemboja untuk dijadikan pelacur,”ujarnya.

Peguam, Farida Mohammad yang mewakili beberapa tahanan berkata, melalui beberapa pucuk surat, tahanan turut dipaksa untuk menipu dalam kenyataan masing-masing supaya karangan kenyataan itu mengikut kehendak polis.

“Di dalam satu surat, tahanan turut menceritakan dia dipaksa berdiri dalam keadaan separuh mencangkung sambil polis mencatat keterangannya. Dia akan dipukul sekiranya keterangan tidak sama dengan teori yang dikarang polis.

“Dia menambah mereka (polis) paksa dia dan tahanan lain berciuman. Polis akan tonton dan mentertawakan mereka. Tindakan polis itu menyebabkan dia malu yang amat sangat,”ujarnya.

Antara kisah lain yang terjadi ialah, seorang tahanan turut diugut bahawa isterinya yang mengandung bersama ahli keluarganya akan ditahan kecuali jika tahanan tersebut memberi keterangan yang dikehendaki oleh pihak polis.

“Mereka (tahanan) semua telah didakwa di mahkamah meskipun perbicaraan belum bermula. Mereka (tahanan) dijanjikan sekiranya mengaku bersalah, polis akan pastikan mereka (tahanan) dilepaskan daripada pusat tahanan secepat mungkin.

“Ini bererti pendorong (inducement) dalam bentuk ugutan atau janji yang sepatutnya tidak boleh diterima di mahkamah,”ujar Farida.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnan yang turut hadir dalam sidang media itu turut menggesa agar Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar agar segera menyiasat dakwaan tersebut.

Katanya, ini kerana anggota polis perlu bersikap professional dalam menjalankan tugas.

“Polis harus berbeza daripada maia, bukan bertindak serupa atas nama penguatkuasaan undang-undang,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");